MENU

Saturday 19 March 2011

Idea Perkahwinan

Tentu ramai bakal pengantin sedang mencari perancang perkahwinan, jurusolek, idea-idea untuk dekorasi majlis dan juga rekaan busana pengantin dengan harga yang berpatutan. Di sini saya akan kongsikan beberapa vendor yang boleh membantu anda

Perancang Perkahwinan

1. Butik Pengantin Fasz Creative
2. ADL Weddings

3. Chenta Weddings
4. Woby Bridal
5. Wiwin Touch

Jurusolek
1. D Sadar Make Up
2. Salima Make-up Artist
3. Wiwin Touch
4. Make-up by Ayang  Kamell


Idea Dekorasi Majlis
 Chenta Weddings
 

Ari Weddingcouture





Idea Busana Perkahwinan





Wednesday 16 March 2011

Look Stunning in Your Wedding Snapshots!

On your wedding day, it is common to have many cameras going after you for pictures. It would be quite stressful as you will have to smile for every camera and the most important thing you would want to do is to look good in all the snapshots. Well, how do you make sure the shots taken will do you justice?


Practice makes perfect! This is not a lie. It is true that rehearsing will hone your photo-posing skills. Stand in front of the mirror and smile. Determine the best smile for you, whether you would like to show a tiny bit of your teeth, flash them widely, or just a sweet smile. A natural laugh would be the best as it looks the most natural. But then again, you will have to bear in mind that laughing requires much energy and doing it the whole day will make your mouth sore. Prepare a few types of smiles if you want some variation in your pictures.


Try posing and see which angle flatters you the most. Avoid facing the camera straight on because it will make you look fat, unless you are really thin. Hold your groom close or tuck your hands into his to create a slimmer effect.  Do not shoot from below the eye/face level as it enhances the double chin. Always take from a higher angle.


Don’t try to act or be anything but yourself. Being self-conscious will not help as it will show in your photographs. We are often our worst critic so relax. Do not be too harsh on yourself. Even if you want flattering photos, you will still have to make sure the one in the picture is you. Capturing the moment when you are the happiest and sweetest is the best picture of all.


Avoid the scorching hot sun as it will do no justice to your photographs. Natural lighting is good but make sure that is not too bright or too dark as it will damage your photo.  The sun will not only spoil your photo but it will make you sweaty and sticky too, causing you discomfort. Lightings that are too dark require the photographer to use flash. If your face is oily, it will show in your pictures. Therefore it is not advisable to use flash for pictures unless you want to create an artsy effect.  


Wedding pictures are memories therefore it is best to put more effort into creating the best! The most important point in creating wonderful pictures is to be yourself and enjoy the moment! Happy snapping!

Friday 11 March 2011

Tips memujuk pasangan yang merajuk


Pasti semua antara kita sedia maklum dengan masalah ini. Masalah? ada yang menganggap ianya satu masalah, tetapi ada yang menganggap ianya adalah satu peluang untuk membaiki perhubungan atau ikatan. Dengan memujuk, pasangan akan merasa lebih dihargai, disayangi dan menjadikan kehidupan berpasangan lebih romantis.
Sebelum memujuk, anda perlu pastikan apakah sebabnya yang menyebabkan pasangan anda merajuk. Terdapat pelbagai sebab pasangan anda berada di dalam keadaan merajuk. Mari kita kupas bersama-sama:
1. Cemburu
Top of the list. Pasangan sering merasa cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya ataupun mendekati anda. Seperti kawan-kawan, keluarga, teman sepejabat dan sebagainya.
2. Yang diingini tidak kesampaian
Anda tidak memberikan apa yang pasangan anda mahukan. Sebagai contoh, si dia berkenan pada gelang tangan di ruang pameran, tetapi anda memilih untuk membelikan cincin. Sudah tentu pasangan anda menarik muka masam.
3. Ada yang lebih hebat dari dia
Merajuk merupakan cara paling mujarab untuk menarik perhatian anda. Kerapkali si dia merajuk disebabkan oelh sesuatu yang membuatkannya marah atau tidak selesa. si dia memerlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang amat berbeza – merajuk

Jadi, bagaimana caranya?
Kita sudah kupas mengapa pasangan merajuk. Kita lihat pula bagaimana untuk memujuk. Tips yang diberi hanyalah sebagai panduan dan ianya bukanlah langkah-langkah untuk memujuk.
1. Sentiasa memberitahu yang sebenar
Sesungguhnya berkata benar itu lebih baik dari berdusta. Perihalkan apa yang berlaku dan ketahuilah mengapa si dia merajuk. Perlu berterus terang dan jangan berselindung. Dengan perlakuan ini, ianya dapat mengeratkan perhubungan kerana anda mengambil berat tentang si dia.
2. Bertolak ansur dan bijak dalam membuat keputusan.
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah. Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.
3. Berikan pengucapan yang ‘manis-manis’
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, “bucuk”, “comot”, “manje” dan sebagainya. Dalam pada itu, selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang disebutkan tadi.
4. Dendangkan lagu untuk si dia.
Tips yang paling afdal. Si dia pasti merasa amat istimewa kerana anda menyanyikan khas untuknya. Cubalah, di telefon, atau semasa hendak tidur di telinganya… mana tahu si dia berkaraoke bersama – sama anda!

Thursday 10 March 2011

Memilih Warna Tema Perkahwinan

Ramai yang pening kepala fikirkan warna tema apa yang sesuai, warna baju dan sebagainya.Kebiasaannya yang akan pening ialah perempuan. Lelaki pula ada yang tak ambil kisah sangat pasal warna tema. Jadi, di sini saya ingin kongsi bagaimana memilih warna tema perkahwinan.

Warna Majlis
Jika anda masih lagi tak dapat pastikan apakah warna tema untuk kesuluruhan majlis, boleh lawati website The Perfect Palette. Di sini anda akan dapat lihat kombinasi warna-warna menarik untuk majlis anda. Pada pendapat saya, untuk memilih warna jangan lebih dari 3 warna. Kombinasi warna tersebut perlulah sepadan dan sesuai dengan konsep majlis anda. Contohnya konsep ala-ala Arab, warna-warna yang dipilih seperti warna Fuchsia atau violet. Jika tema 'Garden', warna mestilah warna yang sejuk seperti light blue, peach, light pink dan sewaktu dengannya.

Warna Baju Pengantin
Pada pendapat saya, agak tidak sesuai jika berwarna hitam. Ini kerana warna tersebut tak banyak membantu untuk menceriakan majlis. Selain itu, warna baju pun perlu sesuai dengan warna kulit. Kalau kulit cerah memang mudah nak sesuai dengan apa-apa warna. Jika berkulit gelap memang susah. Dari pengamatan saya, perempuan memang suka warna merah jambu tetapi warna tersebut kebanyakan tak sesuai dengan pasangannya kerana kulit lelaki lebih gelap dari perempuan. Jadi lelaki yang berkulit gelap tidak menonjol pada hari perkahwinan.

Bukan setakat kulit sahaja yang diambil kira. Saiz badan juga perlukan warna yang sesuai. Sekiranya berbadan besar, warna-warna cerah akan menampakkan tubuh badan lebih besar. Jadi, warna yang sesuai ialah warna-warna yang gelap supaya bentuk badan nampak kecil. Jika badan kecil/kurus, warna-warna cerah adalah sesuai.

Selamat memilih warna! :)

Wednesday 9 March 2011

Langkah demi langkah dalam merancang majlis perkahwinan


1) Tetapkan tarikh
Sebelum membuat apa2 perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung -  bagi memberi korang masa yg cukup untuk merancang.
2) Kursus kawin
Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer.
3) Tentukan konsep majlis
Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.
4) Buat bajet perkahwinan
Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat listListkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.
5) Buat senarai jemputan
Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.
6) Pilih pakej perkahwinan
Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalu tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali  pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi dll…
7) Tempah kad
Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat  nak hantar kad pulak.
8)  Shopping untuk barang2 hantaran
Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbagdsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?
9) Memilih cincin
Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.
10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama
Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.
11) Hantar kad jemputan
Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti:-) Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan korang lupe pulak, yer!
12) Tempah khidmat katering/tukang masak
Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…
13) Tempah pakej canopy
Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.
14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap
Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.
15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.
Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera mancaterer (kalu guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.
16) Hari berlangsungnya majlis!
Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik:-) Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!
Artikel asal : setelkahwin

Tuesday 8 March 2011

Salam Pembuka

Salam Semua.

Baru mula nak berjinak semula dalam dunia blogging. Harap tunjuk ajar dari semua :)